The Simple Different Company
Untuk mengetahui nilai-nilai yang dijunjung oleh SimDif
Sila periksa halaman berikut:
Kisah SimDif
Lebih 10 tahun yang lalu, Pembina Laman Web "Website Builder" yang pertama dicaptakan dengan ciri-ciri pembangunan yang ringkas dan mudah dikendali untuk membantu semua orang membina laman web tanpa memerlukan pengetahuan Coding atau Teknikal.
Kesederhanaan dan niat baik syarikat-syarikat di sebalik alat-alat ini, tidak mencapai hasil yang diinginkan: Sebilangan besar laman web yang dimulakan tidak lengkap. Di antara sebilangan kecil yang diterbitkan, kebanyakan laman web tidak disusun dengan jelas untuk pembaca mereka dan ianya sukar untuk dilihat di Google.
Pembangun Laman Web yang sederhana sebegini tidak secara ajaib menolong orang membuat laman web yang baik, seperti pemproses kata tidak secara automatik menjadikan orang sebagai penulis yang baik.
Akibatnya, dalam usaha memperoleh pulangan dari pelaburan kewangan mereka, kebanyakkan dari perkhidmatan sebegini dibangunkan kembali dengan mempertimbangkan penjualan terlebih dahulu.
Daripada mengutamakan keperluan pengguna membina laman web yang dioptimumkan dengan baik, kebanyakan pembangun laman web, menjadi pakar dalam menjual nama domain dan perkhidmatan yang kurang berguna. Lebih mudah menunjukkan bahawa kualiti laman web berasal dari add-on berbayar, daripada memikat pengguna untuk fokus pada organisasi kandungan mereka.
Simple Different tidak pernah putus asa untuk mendidik dan memperkasakan orang. Pada tahun 2010 versi pertama Simple Different dikeluarkan untuk umum, dan pada tahun 2012, SimDif menjadi aplikasi pembangun laman web pertama yang tersedia di iOS dan Android. Peningkatan utama, SimDif 2, dikeluarkan pada bulan April 2019.
Panggilan SimDif adalah untuk membantu pengguna mengatur kandungan laman web mereka dengan cara yang bermanfaat bagi penonton mereka dan meningkatkan peluang mereka untuk dilihat di mesin pencari.
Ini masih menjadi misi hari ini.